TEKS BAHASA ARAB
ثلاثة لا تقبل لهم شهادة أن لا إله إلا الله: الراكب والمركوب، والراكبة والمركوبة، والإمام الجائر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiga golongan yang tidak diterima syahadah lailahillallah: Penunggang lelaki dan yang ditunggang (pengamal homoseks), penunggang perempuan dan yang ditunggang (golongan lesbian) serta pemimpin yang zalim.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 168, hadis nombor 841. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ثلاثة لا تقبل لهم شهادة أن لا إله إلا الله : الراكب والمركوب، والراكبة والمركوبة، والإمام الجائر.
[طس، ((الضعيفة)) (5363، 6659)]
(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Nabi SAW bersabda: Tiga golongan yang tidak diterima syahadah lailahillallah: Penunggang lelaki dan yang ditunggang (pengamal homoseks), penunggang perempuan dan yang ditunggang (golongan lesbian) serta pemimpin yang zalim.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6659, 5363]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.