Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tiga golongan yang tidak diterima syahadah 'Tiada Tuhan (yang layak disembah) melainkan Allah' mereka

Teks Bahasa Arab

ثَلَاثَةٌ لَا تُقْبَلُ لَهُمْ شَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ : الرَّاكِبُ وَالْمَرْكُوبُ، وَالرَّاكِبَةُ وَالْمَرْكُوبَةُ، وَالْإِمَامُ الْجَائِرِ.

Teks Bahasa Melayu

Tiga golongan yang tidak diterima syahadah 'Tiada Tuhan (yang layak disembah) melainkan Allah' mereka (iaitu) : Peliwat lelaki dan pasangannya, peliwat wanita dan pasangannya, serta pemimpin yang zalim.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 588, hadis no. 3018.

(موضوع) عن أبي هريرة –رضي الله عنه -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((ثلاثة لا تقبل لهم شهادة أن لا إله إلا الله: ‌الراكب ‌والمركوب، والراكبة والمركوبة، والإمام الجائر)). [طس، ((الضعيفة)) (5363)، (6659)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Tiga golongan yang tidak diterima syahadah 'Tiada Tuhan (yang layak disembah) melainkan Allah' mereka (iaitu) : Peliwat lelaki dan pasangannya, peliwat wanita dan pasangannya, serta pemimpin yang zalim. [Riwayat al-Tabarani dalam kitab Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5363, 6659].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.