Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثةٌ لا تقبل لهم شهادةُ أن لا إله إلا اللهُ: الراكبُ والمركوبُ، والراكبةُ والمركوبةُ، والإمامُ الجائرُ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga golongan yang tidak diterima syahadah bahawa tiada tuhan selain Allah: Penunggang lelaki dan lelaki yang ditunggang (pelaku homoseksual), penunggang perempuan dan perempuan yang ditunggang (pelaku lesbian) serta pemimpin yang zalim.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 842-843, hadis no. 4323. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ثلاثة لا تقبل لهم شهادة أن لا إله إلا الله: الراكب والمركوب، والراكبة والمركوبة، والإمام الجائر)). [طس، ((الضعيفة)) (5363، 6659)]
(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiga golongan yang tidak diterima syahadah bahawa tiada tuhan selain Allah: Penunggang lelaki dan lelaki yang ditunggang (pelaku homoseksual), penunggang perempuan dan perempuan yang ditunggang (pelaku lesbian) serta pemimpin yang zalim. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5363, 6659]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman