Tiga golongan yang tidak dipandang rendah akan hak mereka melainkan oleh orang munafik

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة لا يستخف بحقهم إلا منافق: ذو الشيبة في الإسلام، والإمام المقسط، ومعلم الخير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga golongan yang tidak dipandang rendah akan hak mereka melainkan oleh orang munafik: Mereka yang beruban di dalam Islam, pemerintah yang adil, serta mereka yang mengajarkan kebaikan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 55, hadis nombor 237. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((ثلاثة لا يستخف بحقهم إلا منافق: ذو الشيبة في الإسلام، والإمام المقسط، ومعلم الخير)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3249)].

(Munkar)
Daripada Jābir RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ((Tiga golongan yang tidak dipandang rendah akan hak mereka melainkan oleh orang munafik: Mereka yang beruban di dalam Islam, pemerintah yang adil, serta mereka yang mengajarkan kebaikan.))
[Riwayat al-Rifā‘ī dalam Tārikhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3249].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.