Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثةٌ لا يَسْتَخِفُّ بحقِّهِم إلَّا منافِقٌ: ذو الشَّيْبَةِ في الإسلامِ، و الإمامُ المُقْسِطُ، ومُعَلِّمُ الخيرِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga golongan yang tidak dipandang rendah akan hak mereka melainkan oleh orang munafik: Mereka yang beruban di dalam Islam, pemerintah yang adil, serta mereka yang mengajarkan kebaikan.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 55, hadis no. 237. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن جابر - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((ثلاثة لا يستخف بحقهم إلا منافق: ذو الشيبة في الإسلام، والإمام المقسط، ومعلم الخير)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3249)].
(Munkar) Daripada Jābir RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ((Tiga golongan yang tidak dipandang rendah akan hak mereka melainkan oleh orang munafik: Mereka yang beruban di dalam Islam, pemerintah yang adil, serta mereka yang mengajarkan kebaikan.)) [Riwayat al-Rifā‘ī dalam Tārikhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3249].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman