TEKS BAHASA ARAB
ثلاثة لا ينظر الله إليهم يوم القيامة: حر باع حراً، وحر باع نفسه، ورجل أبطل كراء أجير حتى جف رشحه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiga golongan yang Allah tidak pandang mereka pada hari kiamat adalah: Orang yang merdeka menjual orang lain yang merdeka, orang yang merdeka yang menjual dirinya dan orang yang membatalkan upah orang yang bekerja sehingga kering peluhnya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1622, hadis nombor 8191. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((ثلاثة لا ينظر الله إليهم يوم القيامة: حر باع حراً، وحر باع نفسه، ورجل أبطل كراء أجير حتى جف رشحه)). [الجرجاني، ((الضعيفة)) (3452)].
(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tiga golongan yang Allah tidak pandang mereka pada hari kiamat adalah: Orang yang merdeka menjual orang lain yang merdeka, orang yang merdeka yang menjual dirinya dan orang yang membatalkan upah orang yang bekerja sehingga kering peluhnya.))
[Riwayat al-Jurjani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3452].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.