Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثةُ لا يَنْظُرُ الله إليهم يوم القيامة: حُرُّ باع حُرًّاً، وحر باع نَفْسَهُ، ورجل أَبْطَلَ كِرَاءَ أجيرِ حتى جفَّ رَشْحُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga golongan yang Allah tidak pandang mereka pada hari kiamat adalah: Orang yang merdeka menjual orang lain yang merdeka, orang yang merdeka yang menjual dirinya dan orang yang membatalkan upah orang yang bekerja sehingga kering peluhnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1622, hadis no. 8191. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((ثلاثة لا ينظر الله إليهم يوم القيامة: حر باع حراً، وحر باع نفسه، ورجل أبطل كراء أجير حتى جف رشحه)). [الجرجاني، ((الضعيفة)) (3452)].
(Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tiga golongan yang Allah tidak pandang mereka pada hari kiamat adalah: Orang yang merdeka menjual orang lain yang merdeka, orang yang merdeka yang menjual dirinya dan orang yang membatalkan upah orang yang bekerja sehingga kering peluhnya.)) [Riwayat al-Jurjani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3452].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman