Tiga golongan yang tidak dimustajabkan doa mereka oleh Tuhan kamu azza wa jalla

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة لا يجيبهم ربك – عز وجل -: رجل نزل بيتاً خرباً، ورجل نزل على طريق السبيل، ورجل أرسل دابته ثم جعل يدعو الله أن يحسبها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga golongan yang tidak dimustajabkan doa mereka oleh Tuhan kamu azza wa jalla, iaitu seseorang yang tinggal di rumah yang bakal roboh, seseorang yang tinggal di jalan yang menjadi laluan, dan seseorang yang melepaskan haiwan tunggangannya, kemudian dia meminta kepada Allah untuk menahan (menjaga) haiwan tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1457, hadis nombor 7410. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عائذ – رضي الله عنه – مرفوعاً: ((ثلاثة لا يجيبهم ربك – عز وجل -: رجل نزل بيتاً خرباً، ورجل نزل على طريق السبيل، ورجل أرسل دابته ثم جعل يدعو الله أن يحسبها)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3450)]

(Lemah)
Daripada Ibn A’iz RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga golongan yang tidak dimustajabkan doa mereka oleh Tuhan kamu azza wa jalla, iaitu seseorang yang tinggal di rumah yang bakal roboh, seseorang yang tinggal di jalan yang menjadi laluan, dan seseorang yang melepaskan haiwan tunggangannya, kemudian dia meminta kepada Allah untuk menahan (menjaga) haiwan tersebut.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3450]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs