Tiga golongan yang tidak bersedih dengan hisab

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة لا يكترثون للحساب، ولا يفزعهم الصيحة، ولا يحزنهم الفزع الأكبر: حامل القرآن المؤدية إلى الله بما فيه، يقدم على ربه سيدا شريفا حتى يوافق المرسلين، ومؤذن أذن سبع سنين لا يأخذ على أذانه طمعا، وعبد مملوك أدى حق الله وحق مواليه من نفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga golongan yang tidak bersedih dengan hisab, tidak menakutkan mereka jeritan, serta tidak mendukacitakan mereka dengan ketakutan yang besar: 1) Pembawa al-Quran yang menunaikan kepada Allah apa yang terdapat di dalamnya. Dia datang kepada Tuhannya sebagai seorang ketua yang mulia sehingga dia menyamai (kedudukan) para rasul. 2) Seorang muazzin yang melaungkan azan selama tujuh tahun, dia tidak mengambil sebarang ketamakan daripada azannya itu. 3) Seorang hamba yang dimiliki, yang melaksanakan hak Allah, serta hak maula (tuannya) dari dirinya.

STATUS

Palsu Dengan Siyaq Ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 257, hadis nombor 1332. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا السياق) عن ابن عباس – رضي الله عنها – مرفوعا: ((ثلاثة لا يكترثون للحساب، ولا يفزعهم الصيحة، ولا يحزنهم الفزع الأكبر: حامل القرآن المؤديه إلى الله بها فيه، يقدم على ربه سيدا شريفا حتى يوافق المرسلين. ومؤذن أذن سبع سنين، لا يأخذ على أذانه طمعا، وعبد مملوك أدى حق الله، وحق مواليه من نفسه)). [عق، هب، السهمي، ((الضعيفة)) (2417)]

(Palsu Dengan Siyaq Ini)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga golongan yang tidak bersedih dengan hisab, tidak menakutkan mereka jeritan, serta tidak mendukacitakan mereka dengan ketakutan yang besar: 1) Pembawa al-Quran yang menunaikan kepada Allah apa yang terdapat di dalamnya. Dia datang kepada Tuhannya sebagai seorang ketua yang mulia sehingga dia menyamai (kedudukan) para rasul. 2) Seorang muazzin yang melaungkan azan selama tujuh tahun, dia tidak mengambil sebarang ketamakan daripada azannya itu. 3) Seorang hamba yang dimiliki, yang melaksanakan hak Allah, serta hak maula (tuannya) dari dirinya.
[Riwayat al-‘Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir, al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Sahmi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2417]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs