Tiga golongan yang tidak bermanfaat lagi apa jua amalan mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة لا ينفع معهن عمل: الشرك بالله، ‌وعقوق الوالدين، والفرار من الزحف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga golongan yang tidak bermanfaat lagi apa jua amalan mereka: (iaitu golongan) Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa, serta lari dari medan perang.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 980, hadis nombor 5053. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ثوبان – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم-: ((ثلاثة لا ينفع معهن عمل: الشرك بالله، ‌وعقوق الوالدين، والفرار من الزحف)). [طب، ((الضعيفة)) (1384)]

(Sangat Lemah) Daripada Tsauban RA daripada Nabi SAW: Tiga golongan yang tidak bermanfaat lagi apa jua amalan mereka: (iaitu golongan) Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa, serta lari dari medan perang. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1384]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.