Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثَةٌ لا يَنْفَعُ مَعَهُنَّ عَمَلٌ: الشركُ بِاَللَّهِ، وعُقُوقُ الوَالِدَيْنِ، والفِرَارُ من الزَّحْفِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga golongan yang tidak bermanfaat lagi amalannya: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa, dan lari dari medan perang.
Sahabat Perawi
- Tsauban RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 980, hadis no. 5053. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ثوبان – رضي الله عنه – عن النبي - صلى الله عليه وسلم-: ((ثلاثة لا ينفع معهن عمل: الشرك بالله، وعقوق الوالدين، والفرار من الزحف)). [طب، ((الضعيفة)) (1384)]
(Sangat Lemah) Daripada Tsauban RA daripada Nabi SAW: Tiga golongan yang tidak bermanfaat lagi amalannya: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa, dan lari dari medan perang. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1384]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman