Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثَلَاثَةٌ لَا يَرِيحُونَ رِيحَ الْجَنَّةِ: رَجُلٌ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أَبِيهِ، وَرَجُلٌ كَذَبَ عَلَى نَبِيِّه، وَرَجُلٌ كَذَبَ عَلَى عَيْنَيْهِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga golongan yang tidak akan mencium bau syurga: Seorang lelaki yang mendakwa kepada bukan bapanya, seorang lelaki yang berbohong ke atas Nabinya, dan juga seorang lelaki yang berbohong atas kedua matanya (berbohong dalam mendakwa dia bermimpi).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 126, hadis no. 643. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: ثَلَاثَةٌ لَا يَرِيحُونَ رِيحَ الْجَنَّةِ: رَجُلٌ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أَبِيهِ وَرَجُلٌ كَذَبَ عَلَى نَبِيِّه وَرَجُلٌ كَذَبَ عَلَى عَيْنَيْهِ. [البزار، الضعيفة (6407)]
(Terlalu Daif) Daripada Abū Hurayrah RA telah berkata: Tiga golongan yang tidak akan mencium bau syurga: Seorang lelaki yang mendakwa kepada bukan bapanya, seorang lelaki yang berbohong ke atas Nabinya, dan juga seorang lelaki yang berbohong atas kedua matanya (berbohong dalam mendakwa dia bermimpi). [Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6407]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman