TEKS BAHASA ARAB
لا يدخل الجنة مسكين مستكبر، ولا شيخ زان، ولا منان على الله بعمله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak akan masuk syurga orang miskin yang takabbur (sombong), orang tua yang berzina, juga orang yang mengungkit dengan amalannya terhadap Allah SWT.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 709, hadis nombor 3628. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بجملة: (المنان))
عن نافع مولى رسول الله ﷺ قال: قال لي رسول الله ﷺ: لا يدخل الجنة مسكين مستكبر، ولا شيخ زان، ولا منان على الله بعمله.
[نخ، ابن قانع، أبو نعيم في ((المعرفة))، ((الضعيفة)) (6877)].
(Munkar dengan lafaz al-Mannan)
Daripada Nafi’ mawla Rasulullah SAW berkata: Rasulullah SAW berkata kepadaku: Tidak akan masuk syurga orang miskin yang takabbur (sombong), orang tua yang berzina, juga orang yang mengungkit dengan amalannya terhadap Allah SWT.
[Riwayat Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ibn Qani’ dalam Mu’jam al-Sahabah, Abu Nu'aim dalam al-Ma’rifah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6877].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.