Tiga golongan yang tidak akan ditolak doa mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة لا ترد دعوتهم: الصائم حتى يفطر، والإمام العادل، ودعوة المظلوم يرفعها الله فوق الغمام، ويفتح لها أبواب السماء، ويقول الرب: وعزتي لأنصرنك ولو بعد حين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga golongan yang tidak akan ditolak doa mereka, iaitu; Orang berpuasa hinggalah dia berbuka, imam yang adil dan doa orang yang dizalimi, Allah mengangkatnya melepasi awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit seraya Tuhan berfirman: Demi Kemuliaan-Ku! Pasti Aku akan menolongmu walaupun selepas seketika.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1416, hadis nombor 7182. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: ثلاثة لا ترد دعوتهم: الصائم حتى يفطر، والإمام العادل، ودعوة المظلوم يرفعها الله فوق الغمام، ويفتح لها أبواب السماء، ويقول الرب: وعزتي لأنصرنك ولو بعد حين.
[ت، هـ، ابن خزيمة، حم، ((الضعيفة)) (1358)]

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga golongan yang tidak akan ditolak doa mereka, iaitu; Orang berpuasa hinggalah dia berbuka, imam yang adil dan doa orang yang dizalimi, Allah mengangkatnya melepasi awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit seraya Tuhan berfirman: Demi Kemuliaan-Ku! Pasti Aku akan menolongmu walaupun selepas seketika.
[Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, Ibn Majah dalam al-Sunan, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1358]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.