Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثةٌ لا تُرَدُّ دعوتُهم : الصائمُ حتى يُفْطِرَ ، و الإمامُ العادلُ ، ودَعْوَةُ المظلومِ يرفعُها اللهُ فوقَ الغمامِ ، ويُفْتَحُ لها أبوابُ السماءِ ، ويقولُ الربُّ : وعِزَّتِى لَأَنْصُرَنَّكِ ولو بعدَ حِينٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga golongan yang tidak akan ditolak doa mereka, iaitu; Orang berpuasa hinggalah dia berbuka, imam yang adil dan doa orang yang dizalimi, Allah mengangkatnya melepasi awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit seraya Tuhan berfirman: Demi Kemuliaan-Ku! Pasti Aku akan menolongmu walaupun selepas seketika.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1416, hadis no. 7182. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: ثلاثة لا ترد دعوتهم: الصائم حتى يفطر، والإمام العادل، ودعوة المظلوم يرفعها الله فوق الغمام، ويفتح لها أبواب السماء، ويقول الرب: وعزتي لأنصرنك ولو بعد حين. [ت، هـ، ابن خزيمة، حم، ((الضعيفة)) (1358)]
(Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga golongan yang tidak akan ditolak doa mereka, iaitu; Orang berpuasa hinggalah dia berbuka, imam yang adil dan doa orang yang dizalimi, Allah mengangkatnya melepasi awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit seraya Tuhan berfirman: Demi Kemuliaan-Ku! Pasti Aku akan menolongmu walaupun selepas seketika. [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, Ibn Majah dalam al-Sunan, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1358]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman