Tiga (golongan) yang tidak akan disoal mengenai nikmat makanan dan minuman: orang yang berbuka puasa, orang yang bersahur dan orang yang melayan tetamu

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة لا يسألون عن نعيم المطعم والمشرب: المفطر، والمتسحر، وصاحب الضيف. وثلاثة لا يلامون على سوء الخلق: المريض، والصائم حتى يفطر، والإمام العادل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga (golongan) yang tidak akan disoal mengenai nikmat makanan dan minuman: orang yang berbuka puasa, orang yang bersahur dan orang yang melayan tetamu. Manakala tiga (golongan) yang tidak akan dicela kerana berakhlak buruk: orang yang sakit, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan pemimpin yang adil.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 393, hadis nombor 2099. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: «ثلاثة لا يسألون عن نعيم المطعم والمشرب: المفطر، والمتسحر، وصاحب الضيف. وثلاثة لا يلامون على سوء الخلق: المريض، والصائم حتى يفطر، والإمام العادل». [فر، «الضعيفة» (1980)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Tiga (golongan) yang tidak akan disoal mengenai nikmat makanan dan minuman: orang yang berbuka puasa, orang yang bersahur dan orang yang melayan tetamu. Manakala tiga (golongan) yang tidak akan dicela kerana berakhlak buruk: orang yang sakit, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan pemimpin yang adil". [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1980].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.