Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثةٌ لا يُسألونَ عن نعيمِ المَطعَمِ والمَشرَبِ: المُفطِرُ، والمُتَسَحِّرُ، وصاحِبُ الضيفِ. وثلاثةٌ لا يُلامونَ على سوءِ الخُلُقِ: المريضُ، والصائمُ حتى يُفْطِرَ، والإمامُ العادلُ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga (golongan) yang tidak akan disoal mengenai nikmat makanan dan minuman: orang yang berbuka puasa, orang yang bersahur dan orang yang melayan tetamu. Manakala tiga (golongan) yang tidak akan dicela kerana berakhlak buruk: orang yang sakit, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan pemimpin yang adil.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 393, hadis no. 2099. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Tiga (golongan) yang tidak akan disoal mengenai nikmat makanan dan minuman: orang yang berbuka puasa, orang yang bersahur dan orang yang melayan tetamu. Manakala tiga (golongan) yang tidak akan dicela kerana berakhlak buruk: orang yang sakit, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan pemimpin yang adil". [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1980].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman