Tiga golongan yang tidak akan diselubungi ketakutan, atau dicapai hisab (perhitungan)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة لا يهولهم الفزع، ولا ينالهم الحساب، على كثيب من مسك حتى يفرغ الله من حساب العباد: رجل قرأ القرآن ابتغاء وجه الله، فأم به قوما وهم راضون عنه. وداعية يدعو إلى الصلوات الخمس ابتغاء وجه الله. وعبد أحسن ما بينه وبين ربه، وفيما بينه وبين مواليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga golongan yang tidak akan diselubungi ketakutan, atau dicapai hisab (perhitungan), berada di atas bukit Kasturi sehingga Allah menyelesaikan hisab para hamba-Nya: Lelaki yang membaca al-Quran semata-mata kerana Allah, lalu dia menjadi imam kepada suatu kaum dalam keadaan mereka reda dengannya. Seorang pendakwah yang menyeru kepada solat lima waktu semata-mata kerana Allah. Seorang hamba yang memperbaiki hubungan dengan Allah, juga hubungan dengan tuannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 702, hadis nombor 3596. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((ثلاثة لا يهولهم الفزع، ولا ينالهم الحساب، على كثيب من مسك حتى يفرغ الله من حساب العباد: رجل قرأ القرآن ابتغاء وجه الله، فأم به قوما وهم راضون عنه. وداعية يدعو إلى الصلوات الخمس ابتغاء وجه الله. وعبد أحسن ما بينه وبين ربه، وفيما بينه وبين مواليه)). [تخ، طس، طص، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (٦٨١٢)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiga golongan yang tidak akan diselubungi ketakutan, atau dicapai hisab (perhitungan), berada di atas bukit Kasturi sehingga Allah menyelesaikan hisab para hamba-Nya: Lelaki yang membaca al-Quran semata-mata kerana Allah, lalu dia menjadi imam kepada suatu kaum dalam keadaan mereka reda dengannya. Seorang pendakwah yang menyeru kepada solat lima waktu semata-mata kerana Allah. Seorang hamba yang memperbaiki hubungan dengan Allah, juga hubungan dengan tuannya. [Riwayat al-Bukhārī dalam al-Tārīkh al-Kabīr, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan al-Mu‘jam al-Ṣaghīr, Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6812]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.