Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثةٌ لا يُسألونَ عن نعيمِ المَطعَمِ والمَشرَبِ : المُفطِرُ، والمُتَسَحِّرُ، وصاحِبُ الضيفِ وثلاثةٌ لا يُلامونَ على سوءِ الخُلُقِ: المريضُ، والصائمُ حتى يُفْطِرَ والإمامُ العادلُ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga golongan yang tidak akan akan disoal (dihitung oleh Allah) berkaitan nikmat makan dan minum: “Orang yang berbuka puasa, orang yang makan sahur, dan tuan rumah yang memuliakan tetamu. Tiga golongan orang yang tidak dipersalahkan kerana akhlak yang buruk: Orang yang sakit, orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka dan imam (pemimpin) yang adil.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1726, hadis no. 8679. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاثة لا يسألون عن نعيم المطعم والمشرب: المفطر والمتسحر وصاحب الضيف. وثلاثة لا يلامون على سوء الخلق: المريض والصائم حتى يفطر والإمام العادل.)) [فر، ((الضعيفة)) (1980)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu'-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Tiga golongan yang tidak akan akan disoal (dihitung oleh Allah) berkaitan nikmat makan dan minum: “Orang yang berbuka puasa, orang yang makan sahur, dan tuan rumah yang memuliakan tetamu. Tiga golongan orang yang tidak dipersalahkan kerana akhlak yang buruk: Orang yang sakit, orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka dan imam (pemimpin) yang adil.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1980].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman