Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tiga golongan yang tidak ada hisab untuk apa yang mereka makan apabila ia halal

Teks Bahasa Arab

ثَلَاثَةٌ لَيْسَ عَلَيْهِم حِسَابٌ فِيمَا طَعِمُوا إِذَا كَانَ حَلَالًا، الصَّائِمُ، وَالمُتَسَحِّرُ، وَالمُرَابِطُ فِي سَبِيلِ اللهِ.

Teks Bahasa Melayu

Tiga golongan yang tidak ada hisab untuk apa yang mereka makan apabila ia halal: Orang berpuasa, orang yang bersahur dan orang yang berkawal pada jalan Allah.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 389, hadis no. 2068. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: «ثَلَاثَةٌ لَيْسَ عَلَيْهِم حِسَابٌ فِيمَا طَعِمُوا إِذَا كَانَ حَلَالًا، الصَّائِمُ، وَالمُتَسَحِّرُ، وَالمُرَابِطُ فِي سَبِيلِ اللهِ». [طب، «الضعيفة» (631)].

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Tiga golongan yang tidak ada hisab untuk apa yang mereka makan apabila ia halal: Orang berpuasa, orang yang bersahur dan orang yang berkawal pada jalan Allah". [Riwayat al-Tabarani. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 631].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.