Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثَلَاثٌ قَاصِمَاتٌ الظَّهْرَ: فَقْرٌ دَاخِلٌ لَا يَجِدُ صَاحِبُهُ مُتَلَذَّذاً، وَزَوْجَةٌ يَأْمَنُهَا صَاحِبُهَا وَتَخُونُهُ، وَإِمَامٌ أَسْخَطَ اللَّهَ وَأَرْضَى النَّاسَ، وَإِنَّ بِرَّ الْمُؤْمِنَةِ كَمَثَلِ سَبْعِينَ صِدِّيقَةً، وَإِنَّ فُجُورَ الْفَاجِرَةِ كَفُجُورِ أَلْفِ فَاجِرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga golongan yang merupakan masalah yang mencelakakan: miskin rohani sehingga pemiliknya tidak lagi merasakan keseronokan, isteri yang suaminya mempercayainya namun dia mengkhianati suaminya, dan imam yang mengundang kemurkaan Allah sebaliknya mencari reda manusia. Dan sesungguhnya kebaikan seorang wanita mukmin itu seperti kebaikan 70 orang wanita yang benar, dan keburukan seorang wanita fasik itu seperti keburukan 1000 orang fasik.: miskin rohani sehingga pemiliknya tidak lagi merasakan keseronokan, isteri yang suaminya mempercayainya namun dia mengkhianati suaminya, dan imam yang mengundang kemurkaan Allah sebaliknya mencari reda manusia. Dan sesungguhnya kebaikan seorang wanita mukmin itu seperti kebaikan 70 orang wanita yang benar, dan keburukan seorang wanita fasik itu seperti keburukan 1000 orang fasik.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2054, hadis no. 10330. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiga golongan yang merupakan masalah yang mencelakakan: Miskin rohani sehingga pemiliknya tidak lagi merasakan keseronokan, isteri yang suaminya mempercayainya namun dia mengkhianati suaminya, dan imam yang mengundang kemurkaan Allah sebaliknya mencari reda manusia. Dan sesungguhnya kebaikan seorang wanita mukmin itu seperti kebaikan 70 orang wanita yang benar, dan keburukan seorang wanita fasik itu seperti keburukan 1000 orang fasik. [Riwayat al-Harith. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6468]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman