Tiga golongan yang merupakan Huddath Allah

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة هم حُدَّاثُ الله يوم القيامة: رجل لم يمش بين اثنين بمراء قط، ورجل لم يحدث نفسه بزناً قط، ورجل لم يخلط كسبه برباً قط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga golongan yang merupakan Huddath Allah (dapat bercakap dengan Allah dan Allah akan bercakap dengan mereka) di hari kiamat: Seorang lelaki yang tidak pernah berdebat di antara dua orang, seorang lelaki yang tidak pernah berniat untuk melakukan zina dan juga seorang lelaki yang tidak pernah mencampurkan hasil pendapatannya dengan riba.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 614, hadis nombor 3197. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ثلاثة هم حُدَّاثُ الله يوم القيامة: رجل لم يمش بين اثنين بمراء قط، ورجل لم يحدث نفسه بزناً قط، ورجل لم يخلط كسبه برباً قط)). [حل، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3447)].

(Sangat lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tiga golongan yang merupakan Huddath Allah (dapat bercakap dengan Allah dan Allah akan bercakap dengan mereka) di hari kiamat: Seorang lelaki yang tidak pernah berdebat di antara dua orang, seorang lelaki yang tidak pernah berniat untuk melakukan zina dan juga seorang lelaki yang tidak pernah mencampurkan hasil pendapatannya dengan riba.))
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’ dan Akhbar Asbahan serta Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3447]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs