Tiga golongan yang menyebabkan Allah gembira dengan mereka

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة يضحك الله إليهم: الرجل إذا قام بالليل يصلي والقوم إذا صفوا في الصلاة والقوم إذا صفوا في قتال العدو.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga golongan yang menyebabkan Allah gembira dengan mereka: Seseorang yang bangun pada waktu malam untuk mendirikan solat, satu kumpulan yang menyusun saf menunaikan solat dan sekumpulan manusia yang menyusun untuk berperang dengan musuh.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 991, hadis nombor 5103. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه يرفعه: ثلاثة يضحك الله إليهم: الرجل إذا قام بالليل يصلي والقوم إذا صفوا في الصلاة والقوم إذا صفوا في قتال العدو. [ابن نصر في قيام الليل، حم، هـ، ش، ابن أبي عاصم، الآجري في الشريعة، البيهقي في الأسماء، البغوي، الضعيفة (3453)].

(Lemah) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA yang meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga golongan yang menyebabkan Allah gembira dengan mereka: Seseorang yang bangun pada waktu malam untuk mendirikan solat, satu kumpulan yang menyusun saf menunaikan solat dan sekumpulan manusia yang menyusun untuk berperang dengan musuh. [Riwayat Ibn Nasr dalam Qiyam al-Lail, Musnad Ahmad, Sunan Ibn Majah, Musannaf Ibn Abi Syaibah, Ibn Abi 'Asim, al-Aajurri dalam al-Syariah, al-Baihaqi dalam al-Asma’, dan al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 3453].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs