Tiga golongan yang kegemparan (hari kiamat) tidak akan menggerunkan mereka dan perhitungan hisab tidak akan sampai kepada mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة لا يهولهم الفزع، ولا ينالهم الحساب، على كثيب من مسك حتى يفرغ الله من حساب العباد: رجل قرأ القرآن ابتغاء وجه الله، فأم به قوما وهم راضون عنه. وداعية يدعو إلى الصلوات الخمس ابتغاء وجه الله. وعبد أحسن ما بينه وبين ربه، وفيما بينه وبين مواليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga golongan yang kegemparan (hari kiamat) tidak akan menggerunkan mereka dan perhitungan hisab tidak akan sampai kepada mereka, serta mereka berada di atas bukit wangian kasturi sehinggalah Allah selesai menghitung para hamba: iaitu seorang lelaki yang membaca al-Quran kerana mendambakan keredaan Allah, lalu dia menjadi imam kepada satu kaum dengan bacaan itu yang mereka itu merestuinya. Juga seorang pendakwah yang menyeru kepada solat lima waktu kerana mendambakan keredaan Allah. Juga seorang hamba yang memperelokkan apa antara dia dengan Tuhannya dan apa antara dia dengan tuannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 437, hadis nombor 2346. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر- رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «ثلاثة لا يهولهم الفزع، ولا ينالهم الحساب، على كثيب من مسك حتى يفرغ الله من حساب العباد: رجل قرأ القرآن ابتغاء وجه الله، فأم به قوما وهم راضون عنه. وداعية يدعو إلى الصلوات الخمس ابتغاء وجه الله. وعبد أحسن ما بينه وبين ربه، وفيما بينه وبين مواليه». [تخ، طس، طص، أبو نعيم في «أخبار أصبهان» «الضعيفة» (6812)].

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Tiga golongan yang kegemparan (hari kiamat) tidak akan menggerunkan mereka dan perhitungan hisab tidak akan sampai kepada mereka, serta mereka berada di atas bukit wangian kasturi sehinggalah Allah selesai menghitung para hamba: iaitu seorang lelaki yang membaca al-Quran kerana mendambakan keredaan Allah, lalu dia menjadi imam kepada satu kaum dengan bacaan itu yang mereka itu merestuinya. Juga seorang pendakwah yang menyeru kepada solat lima waktu kerana mendambakan keredaan Allah. Juga seorang hamba yang memperelokkan apa antara dia dengan Tuhannya dan apa antara dia dengan tuannya.” [Riwayat al-Bukhārī dalam Tarikhnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan al-Ṣaghīr dan Abū Nu'aym dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6812].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.