TEKS BAHASA ARAB
ثلاثة من كن فيه آواه الله في كنفه، وستر عليه برحمته، وأدخله في محبته، من إذا أعطى شكر، وإذا قدر غفر، وإذا غضب فتر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiga perkara yang jika terdapat pada diri seseorang maka Allah akan memasukkannya di bawah lindungan-Nya, menutup aibnya dengan rahmat-Nya, serta memasukkannya di dalam kasih sayang-Nya; Iaitu: Seseorang yang apabila dia diberikan sesuatu dia bersyukur, apabila ditakdirkan (kekurangan pada rezeki) maka dia akan memohon ampun, dan apabila dia marah dia akan cepat tenang.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 18, hadis nombor 38. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((ثلاثة من كن فيه آواه الله في كنفه، وستر عليه برحمته، وأدخله في محبته، من إذا أعطى شكر، وإذا قدر غفر، وإذا غضب فتر)).
[ابن حبان في ((الضعفاء))، ك، الخطيب في ((التلخيص))، ((الضعيفة)) (587)]
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga perkara yang jika terdapat pada diri seseorang maka Allah akan memasukkannya di bawah lindungan-Nya, menutup aibnya dengan rahmat-Nya, serta memasukkannya di dalam kasih sayang-Nya; Iaitu: Seseorang yang apabila dia diberikan sesuatu dia bersyukur, apabila ditakdirkan (kekurangan pada rezeki) maka dia akan memohon ampun, dan apabila dia marah dia akan cepat tenang.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’, Mustadrak al-Ḥākim, dan al-Khatib dalam al-Talkhis. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.587]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.