Tiga golongan yang boleh memberikan syafaat pada hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يشفع يوم القيامة ثلاثة: الأنبياء ثم العلماء ثم الشهداء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga golongan yang boleh memberikan syafaat pada hari kiamat iaitu para Nabi, kemudian para ulama, kemudian para syahid.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1243, hadis nombor 6343. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عثمان بن عفان رضي الله عنه مرفوعا: يشفع يوم القيامة ثلاثة: الأنبياء ثم العلماء ثم الشهداء.
[هـ، عق، ابن عبد البر في ((جامع بيان العلم))، نصر المقدسي في ((جزء من حديثه))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1978)]

(Palsu)
Daripada ‘Uthman bin ‘Affan RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga golongan yang boleh memberikan syafaat pada hari kiamat iaitu para Nabi, kemudian para ulama, kemudian para syahid.
[Riwayat Ibn Majah, al-'Uqaily dalam al-Du'afa' al-Kabir, Ibn 'Abd al-Bar dalam Jami' Bayan al-'Ilm, Nasr al-Maqdisi dalam Juz Min Hadithihi, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1978]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.