Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يشفَعُ يومَ القيامةِ ثلاثةٌ: الأنبياءُ ثمَّ العُلماءُ ثُمَّ الشُّهداءُ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga golongan yang boleh memberikan syafaat pada hari kiamat iaitu para Nabi, kemudian para ulama, kemudian para syahid.
Sahabat Perawi
- Uthman bin Affan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1243, hadis no. 6343. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عثمان بن عفان رضي الله عنه مرفوعا: يشفع يوم القيامة ثلاثة: الأنبياء ثم العلماء ثم الشهداء. [هـ، عق، ابن عبد البر في ((جامع بيان العلم))، نصر المقدسي في ((جزء من حديثه))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1978)]
(Palsu) Daripada 'Uthman bin 'Affan RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga golongan yang boleh memberikan syafaat pada hari kiamat iaitu para Nabi, kemudian para ulama, kemudian para syahid. [Riwayat Ibn Majah, al-'Uqaily dalam al-Du'afa' al-Kabir, Ibn 'Abd al-Bar dalam Jami' Bayan al-'Ilm, Nasr al-Maqdisi dalam Juz Min Hadithihi, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1978]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman