Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الدَّيْنَ يُقْتَصُّ من صاحبِهِ يومَ القيامةِ إذا مات ولم يَقْضِهِ؛ إلا من تَدَيَّن في ثلاثٍ: رجلٌ تَذْهَبُ قوتُهُ [ في سبيلِ اللهِ ]، فيَدِينُ ما يَتَقَوَّى به على عَدُوِّ اللهِ وعَدُوِّ رسولِهِ؛ فمات فلم يَقْضِهِ. ورجلٌ مات عنده مسلمٌ؛ فلم يَجِدْ ما يُكَفِّنُهُ إلا بِدَيْنٍ؛ فمات ولم يَقْضِهِ. ورجلٌ خاف على نفسِهِ العُزْبَةَ لولم يكن عنده ما يَتزوجُ، فاستدان فتزوج؛ لِيُعِفَّ نفسَه خشيةً على دينِهِ. فاللهُ يَقْضِي عن هؤلاء الدَّيْنِ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya hutang akan memadam (catatan kebaikan) si peminjam hutang yang tidak membayar hutang di hari kiamat kelak melainkan seseorang yang berhutang dalam tiga hal: Seorang lelaki yang hilang kekuatanya (di jalan Allah) maka dia akan meminjam yang menguatkannya ke atas musuh Allah dan Rasul-Nya, lalu dia mati sebelum sempat dia menunaikan hutangnya. Seorang lelaki yang mati di sisinya seorang Muslim dan tidak mendapati apa-apa untuk mengkafankan jenazah itu melainkan dengan hutang, lalu dia mati sebelum sempat sempat dia menunaikan hutangnya. Seorang lelaki takut akan dirinya bujang dan tidak mendapati apa-apa untuk dibuat (belanja) pernikahannya, lalu dia meminjam dan berkahwin untuk menjaga dirinya bimbang akan pegangan agamanya, maka Allah akan melunaskan hutang mereka pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1749, hadis no. 8820. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- : ((إن الدين يقتص من صاحبه يوم القيامة إذا مات ولم يقضه؛ إلا من تدين في ثلاث رجل تذهب قوته [في سبيل الله] ، فيدين ما يتقوى به على عدو الله وعدو رسوله؛ فمات فلم يقضه. ورجل مات عنده مسلم؛ فلم يجد ما يكفنه إلا بدين؛ فمات ولم يقضه. ورجل خاف على نفسه العزبة ولم يكن عنده ما يتزوج، فاستدان فتزوج؛ ليعف نفسه خشية على دينه. فالله يقضي عن هؤلاء الدين يوم القيامة.)) [ابن راهويه، الفسوي، البزار، ع، ((الضعيفة)) (5483)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ((Sesungguhnya hutang akan memadam (catatan kebaikan) si peminjam hutang yang tidak membayar hutang di hari kiamat kelak melainkan seseorang yang berhutang dalam tiga hal: Seorang lelaki yang hilang kekuatanya (di jalan Allah) maka dia akan meminjam yang menguatkannya ke atas musuh Allah dan Rasul-Nya, lalu dia mati sebelum sempat dia menunaikan hutangnya. Seorang lelaki yang mati di sisinya seorang Muslim dan tidak mendapati apa-apa untuk mengkafankan jenazah itu melainkan dengan hutang, lalu dia mati sebelum sempat sempat dia menunaikan hutangnya. Seorang lelaki takut akan dirinya bujang dan tidak mendapati apa-apa untuk dibuat (belanja) pernikahannya, lalu dia meminjam dan berkahwin untuk menjaga dirinya bimbang akan pegangan agamanya, maka Allah akan melunaskan hutang mereka pada hari kiamat.)) [Riwayat Ibn Rahawaih, al-Fasawi, al-Bazzar, dan Abu Ya'la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5483].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman