TEKS BAHASA ARAB
ثلاثة يتحدثون في ظل العرش آمنين، والناس في الحساب: رجل لم تأخذه [في الله] لومة لائم، ورجل لم يمد يديه إلى ما لا يحل له، ورجل لم ينظر إلى ما حرم عليه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiga golongan yang bercakap-cakap di bawah ‘Arash dalam keadaan aman sedangkan orang lain sedang dihisab, iaitu seseorang yang (kerana Allah), celaan orang yang suka mencela tidak menjejaskannya, seseorang yang tidak menadah tangannya (meminta) terhadap perkara yang tidak halal kepadanya dan seseorang yang tidak melihat kepada perkara yang diharamkan kepadanya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1355, hadis nombor 6913. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ثلاثة يتحدثون في ظل العرش آمنين، والناس في الحساب: رجل لم تأخذه [في الله] لومة لائم، ورجل لم يمد يديه إلى ما لا يحل له، ورجل لم ينظر إلى ما حرم عليه.
[الأصفهاني، ((الضعيفة)) (5476)]
(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiga golongan yang bercakap-cakap di bawah ‘Arash dalam keadaan aman sedangkan orang lain sedang dihisab, iaitu seseorang yang (kerana Allah), celaan orang yang suka mencela tidak menjejaskannya, seseorang yang tidak menadah tangannya (meminta) terhadap perkara yang tidak halal kepadanya dan seseorang yang tidak melihat kepada perkara yang diharamkan kepadanya.
[Riwayat al-Asfahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5476]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.