Tiga golongan yang berada di bawah naungan Allah SWT pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث في ظل العرش يوم لا ظل إلا ظله: واصل الرحم، يزيد الله في رزقه، ويمد في أجله، وامرأة مات زوجها وترك عليها أيتاماً صغاراً فقالت: "لا أتزوج أقيم على أيتامي حتى يموتوا أو يغنيهم الله"، وعبد صنع طعاماً فأضاف ضيفه، وأحسن نفقته، فدعا عليه اليتيم والمسكين، فأطعمهم لوجه الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga golongan yang berada di bawah naungan Allah SWT pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya: Penghubung silaturahim, Allah SWT akan menambahkan rezekinya serta memanjangkan umurnya. Dan seorang isteri yang kematian suaminya dan meninggalkan anak-anak yang masih kecil lalu dia berkata: “Aku tidak akan berkahwin, aku akan menguruskan anak-anakku sehinggalah mereka mati atau sehingga Allah SWT memberi kecukupan kepada mereka.” Dan seorang hamba yang menyediakan makanan, lalu dia mengajak tetamunya dan memperelokkan layanannya terhadap mereka. Kemudian dia menjemput anak yatim, orang miskin, dan memberi makan kepada mereka kerana (mengharapkan) reda Allah SWT.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 54 – 55, hadis nombor 233. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ثلاث في ظل العرش يوم لا ظل إلا ظله: واصل الرحم، يزيد الله في رزقه، ويمد في أجله، وامرأة مات زوجها وترك عليها أيتاماً صغاراً فقالت: "لا أتزوج أقيم على أيتامي حتى يموتوا أو يغنيهم الله"، وعبد صنع طعاماً فأضاف ضيفه، وأحسن نفقته، فدعا عليه اليتيم والمسكين، فأطعمهم لوجه الله)). [فر، ((الضعيفة)) (3437)].

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tiga golongan yang berada di bawah naungan Allah SWT pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya: Penghubung silaturahim, Allah SWT akan menambahkan rezekinya serta memanjangkan umurnya. Dan seorang isteri yang kematian suaminya dan meninggalkan anak-anak yang masih kecil lalu dia berkata: “Aku tidak akan berkahwin, aku akan menguruskan anak-anakku sehinggalah mereka mati atau sehingga Allah SWT memberi kecukupan kepada mereka.” Dan seorang hamba yang menyediakan makanan, lalu dia mengajak tetamunya dan memperelokkan layanannya terhadap mereka. Kemudian dia menjemput anak yatim, orang miskin, dan memberi makan kepada mereka kerana (mengharapkan) reda Allah SWT.))
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3437].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs