Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tiga golongan yang berada di bawah naungan Allah pada hari yang tidak ada lagi naungan

Teks Bahasa Arab

ثلاثةٌ في ظِلِّ اللهِ يومَ لا ظِلَّ إلا ظِلُّه، رجلٌ حيثُ تَوَجَّه عَلِمَ أنَّ اللهَ معَه، ورجلٌ دَعَتْهُ امرأةٌ إلى نفسِها فتركها من خشيةِ اللهِ، ورجلٌ أَحَبَّ لِجلالِ اللهِ.

Teks Bahasa Melayu

Tiga golongan yang berada di bawah naungan Allah pada hari yang tidak ada lagi naungan melainkan naunganNya, iaitu seseorang yang apabila dia menghadap (Allah), dia tahu bahawa Allah bersamanya, seseorang yang diajak oleh seseorang perempuan untuk melakukan zina dengan dirinya lalu dia meninggalkan wanita itu kerana takutkan Allah dan seseorang yang mencintai kerana keagungan Allah.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1321, hadis no. 6745. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: ثلاثة في ظل الله يوم لا ظل إلا ظله، رجل حيث توجه علم أن الله معه، ورجل دعته امرأة إلى نفسها، فتركها من خشية الله، ورجل أحب لجلال الله. [طب، فر، ((الضعيفة)) (2444)].

(Sangat Lemah) Daripada Abi Umamah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Tiga golongan yang berada di bawah naungan Allah pada hari yang tidak ada lagi naungan melainkan naunganNya, iaitu seseorang yang apabila dia menghadap (Allah), dia tahu bahawa Allah bersamanya, seseorang yang diajak oleh seseorang perempuan untuk melakukan zina dengan dirinya lalu dia meninggalkan wanita itu kerana takutkan Allah dan seseorang yang mencintai kerana keagungan Allah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2444].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.