Tiga golongan yang Allah tidak menerima solat mereka dan tidak mengangkat kebaikan mereka ke langit

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة لا يقبل الله لهم صلاة، ولا يرفع لهم إلى السماء حسنة: العبد الآبق حتى يرجع إلى مواليه فيضع يده في أيديهم، والمرأة الساخط عليها زوجها حتى يرضى، والسكران حتى يصحو.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga golongan yang Allah tidak menerima solat mereka dan tidak mengangkat kebaikan mereka ke langit: (Iaitu) hamba yang lari sehinggalah dia pulang kepada tuannya dan meletakkan tangannya ke atas tangan mereka (janji taat setia), perempuan yang berada dalam kemarahan suami sehinggalah dia redha ke atasnya dan pemabuk hinggalah dia sedar kembali.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 919, hadis nombor 4712. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاثة لا يقبل الله لهم صلاة، ولا يرفع لهم إلى السماء حسنة: العبد الآبق حتى يرجع إلى مواليه فيضع يده في أيديهم، والمرأة الساخط عليها زوجها حتى يرضى، والسكران حتى يصحو)).
[عد، ابن خزيمة، حب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1075)].

(Lemah)
Diriwayatkan daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga golongan yang Allah tidak menerima solat mereka dan tidak mengangkat kebaikan mereka ke langit: (Iaitu) hamba yang lari sehinggalah dia pulang kepada tuannya dan meletakkan tangannya ke atas tangan mereka (janji taat setia), perempuan yang berada dalam kemarahan suami sehinggalah dia redha ke atasnya dan pemabuk hinggalah dia sedar kembali.
[Riwayat Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Du’afaa, Ibn Khuzaimah dalam Sahih beliau, Ibn Hibban dalam Sahih beliau, dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1075].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs