Tiga golongan yang Allah ketawa (suka) kepada mereka

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة يضحك الله إليهم: الرجل إذا قام بالليل يصلي، والقوم إذا صفوا في الصلاة، والقوم إذا صفوا في قتال العدو.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga golongan yang Allah ketawa (suka) kepada mereka: seorang lelaki yang apabila dia bangun pada waktu malam dan dia mendirikan solat (malam), satu kaum yang berada di dalam saf (ingin menunaikan) solat dan kaum yang berada dalam saf untuk memerangi musuh.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 275, hadis nombor 1432. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- يرفعه: ((ثلاثة يضحك الله إليهم: الرجل إذا قام بالليل يصلي، والقوم إذا صفوا في الصلاة، والقوم إذا صفوا في قتال العدو)).
[ابن نصر في ((قيام الليل))، حم، ه، ش، ابن أبي عاصم، الآجري في ((الشريعة))، البيهقي في ((الأسماء))، البغوي، ((الضعيفة)) (‌‌3453)]

(Lemah)
Daripada Abi Sa’id al-Khudri ―raḍiyallāhu ‘anhu― dan beliau memarfu’kannya (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga golongan yang Allah ketawa (suka) kepada mereka: seorang lelaki yang apabila dia bangun pada waktu malam dan dia mendirikan solat (malam), satu kaum yang berada di dalam saf (ingin menunaikan) solat dan kaum yang berada dalam saf untuk memerangi musuh.
[Riwayat Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl, Musnad Ahmad, Sunan Ibn Majah, Musannaf Ibn Abi Syaibah, Ibn Abi ‘Asim, al-Aajurriy dalam al-Shari’ah, al-Baihaqi dalam al-Asma’, al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3453]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs