Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثةٌ يَضْحَكُ اللهُ إليهم: الرجلُ إذا قام بالليلِ يصلي، والقومُ إذا صَفُّوا في الصلاةِ، والقومُ إذا صَفُّوا في قتالِ العَدُوِّ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga golongan yang Allah ketawa (suka) kepada mereka: seorang lelaki yang apabila dia bangun pada waktu malam dan dia mendirikan solat (malam), satu kaum yang berada di dalam saf (ingin menunaikan) solat dan kaum yang berada dalam saf untuk memerangi musuh.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 275, hadis no. 1432. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- يرفعه: ((ثلاثة يضحك الله إليهم: الرجل إذا قام بالليل يصلي، والقوم إذا صفوا في الصلاة، والقوم إذا صفوا في قتال العدو)). [ابن نصر في ((قيام الليل))، حم، ه، ش، ابن أبي عاصم، الآجري في ((الشريعة))، البيهقي في ((الأسماء))، البغوي، ((الضعيفة)) (3453)]
(Daif) Daripada Abi Sa’id al-Khudri ―raḍiyallāhu ‘anhu― dan beliau memarfu’kannya (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga golongan yang Allah ketawa (suka) kepada mereka: seorang lelaki yang apabila dia bangun pada waktu malam dan dia mendirikan solat (malam), satu kaum yang berada di dalam saf (ingin menunaikan) solat dan kaum yang berada dalam saf untuk memerangi musuh. [Riwayat Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl, Musnad Ahmad, Sunan Ibn Majah, Musannaf Ibn Abi Syaibah, Ibn Abi ‘Asim, al-Aajurriy dalam al-Shari’ah, al-Baihaqi dalam al-Asma’, al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3453]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman