Tiga golongan yang akan mendapat naungan Arasy Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث من كن فيه أظله الله تحت ظل عرشه يوم لا ظل إلا ظله، الوضوء على المكاره، والمشي إلى المساجد في الظلم، وإطعام الجائع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang jika diamalkan seseorang maka Allah akan menaunginya di bawah naungan arasy-Nya pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan-Nya; iaitu: Berwuduk atas kesusahan, berjalan kaki menuju ke masjid dalam kegelapan, dan memberi makan orang yang lapar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 18, hadis nombor 37. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ثلاث من كن فيه أظله الله تحت ظل عرشه يوم لا ظل إلا ظله، الوضوء على المكاره، والمشي إلى المساجد في الظلم، وإطعام الجائع)).
[أبي الشيخ في ((الثواب))، ((الأصبهاني))، ((الضعيفة)) (572)]

(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga perkara yang jika diamalkan seseorang maka Allah akan menaunginya di bawah naungan arasy-Nya pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan-Nya; iaitu: Berwuduk atas kesusahan, berjalan kaki menuju ke masjid dalam kegelapan, dan memberi makan orang yang lapar.
[Riwayat Abu al-Syeikh dalam al-Tsawab, al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.572]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs