Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثٌ مِنْ كُنَّ فيه أظلَّه اللهُ تحتَ ظِلِّ عرشِه يومَ لا ظلَّ إلا ظلُّه، الوضوءُ على المَكارِهِ، والمَشْيُ إلى المساجدِ في الظُّلَمِ، وإطعامُ الجائعِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga perkara yang jika diamalkan seseorang maka Allah akan menaunginya di bawah naungan arasy-Nya pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan-Nya; iaitu: Berwuduk atas kesusahan, berjalan kaki menuju ke masjid dalam kegelapan, dan memberi makan orang yang lapar.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 18, hadis no. 37. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga perkara yang jika diamalkan seseorang maka Allah akan menaunginya di bawah naungan arasy-Nya pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan-Nya; iaitu: Berwuduk atas kesusahan, berjalan kaki menuju ke masjid dalam kegelapan, dan memberi makan orang yang lapar. [Riwayat Abu al-Syeikh dalam al-Tsawab, al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.572]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman