Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثةٌ يَهْلِكُونَ عند الحسابِ: جَوَادٌ، وشُجاعٌ، وعالمٌ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga golongan yang akan binasa ketika perhintungan (hisab); iaitu orang yang dermawan, orang yang berani dan orang alim.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1263, hadis no. 6452. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ثلاثة يهلكون عند الحساب: جواد، وشجاع، وعالم. [ك، ((الضعيفة)) (3455)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Tiga golongan yang akan binasa ketika perhintungan (hisab); iaitu orang yang dermawan, orang yang berani dan orang alim. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3455]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman