Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tiga golongan pertama yang akan diberikan syafaat pada hari kiamat kelak

Teks Bahasa Arab

أوَّلُ مَن يشفعُ يومَ القيامةِ الأنبياءُ، ثمَّ العُلَماءُ، ثمَّ الشُّهداءُ.

Teks Bahasa Melayu

Golongan pertama yang akan diberikan syafaat pada hari kiamat kelak adalah para Nabi, kemudian para ulama, kemudian para syuhada'.

Sahabat Perawi

  1. Uthman bin Affan RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1321, hadis no. 6743. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عثمان رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: أول من يشفع يوم القيامة الأنبياء، ثم العلماء، ثم الشهداء. [البزار، خط، فر، ((الضعيفة)) (2111)].

(Palsu) Daripada 'Uthman RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Golongan pertama yang akan diberikan syafaat pada hari kiamat kelak adalah para Nabi, kemudian para ulama, kemudian para syuhada'. [Riwayat al-Bazzar, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2111].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.