Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الدَّيْنَ يُقْتَصُّ من صاحبِهِ يومَ القيامةِ إذا مات ولم يَقْضِهِ؛ إلا من تَدَيَّن في ثلاثٍ: رجلٌ تَذْهَبُ قوتُهُ في سبيلِ اللهِ، فيَدِينُ ما يَتَقَوَّى به على عَدُوِّ اللهِ وعَدُوِّ رسولِهِ؛ فمات فلم يَقْضِهِ. ورجلٌ مات عنده مسلمٌ؛ فلم يَجِدْ ما يُكَفِّنُهُ إلا بِدَيْنٍ؛ فمات ولم يَقْضِهِ. ورجلٌ خاف على نفسِهِ العُزْبَةَ ولم يكن عنده ما يَتزوجُ، فاستدان فتزوج؛ لِيُعِفَّ نفسَه خشيةً على دينِهِ. فاللهُ يَقْضِي عن هؤلاء الدَّيْنِ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya hutang akan dibalas terhadap pelakunya pada hari kiamat jika dia meninggal dunia tanpa sempat melunaskannya melainkan tiga golongan yang berhutang iaitu seseorang yang hilang kekuatannya untuk berjihad pada jalan Allah, lalu dia berhutang untuk mendapatkan kekuatan bagi menentang musuh Allah dan musuh Rasul-Nya lalu dia meninggal dunia tanpa sempat melunaskannya. Dan seseorang yang seorang muslim meninggal di sisinya, lalu dia tidak mempunyai keperluan yang cukup untuknya menguruskan (jenazah itu) melainkan dengan berhutang, lalu dia pun meninggal dunia tanpa sempat melunaskan hutangnya. Serta seseorang yang bimbang terhadap dirinya yang membujang sedangkan dia tidak memiliki apa-apa harta untuk membolehkan dia berkahwin, lalu dia berhutang kemudian berkahwin bagi menjaga kehormatan dirinya kerana bimbangkan agamanya. Maka Allah melunaskan hutang untuk mereka semua pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1353, hadis no. 6907. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada 'Abdillah bin 'Amr RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya hutang akan dibalas terhadap pelakunya pada hari kiamat jika dia meninggal dunia tanpa sempat melunaskannya melainkan tiga golongan yang berhutang iaitu seseorang yang hilang kekuatannya untuk berjihad pada jalan Allah, lalu dia berhutang untuk mendapatkan kekuatan bagi menentang musuh Allah dan musuh Rasul-Nya lalu dia meninggal dunia tanpa sempat melunaskannya. Dan seseorang yang seorang muslim meninggal di sisinya, lalu dia tidak mempunyai keperluan yang cukup untuknya menguruskan (jenazah itu) melainkan dengan berhutang, lalu dia pun meninggal dunia tanpa sempat melunaskan hutangnya. Serta seseorang yang bimbang terhadap dirinya yang membujang sedangkan dia tidak memiliki apa-apa harta untuk membolehkan dia berkahwin, lalu dia berhutang kemudian berkahwin bagi menjaga kehormatan dirinya kerana bimbangkan agamanya. Maka Allah melunaskan hutang untuk mereka semua pada hari kiamat. [Riwayat Ibn Rahawaih, al-Fasawi, Ibn Majah, al-Bazzar, Abu Ya'la. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5483]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman