Tiga golongan penghutang yang dikecualikan balasan pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

إن الدين يقتص من صاحبه يوم القيامة إذا مات ولم يقضه؛ إلا من تدين في ثلاث: رجل تذهب قوته في سبيل الله، فيدين ما يتقوى به على عدو الله وعدو رسوله؛ فمات فلم يقضه. ورجل مات عنده مسلم؛ فلم يجد ما يكفنه إلا بدين؛ فمات ولم يقضه. ورجل خاف على نفسه العزبة ولم يكن عنده ما يتزوج، فاستدان فتزوج؛ ليعف نفسه خشية على دينه. فالله يقضي عن هؤلاء الدين يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya hutang akan dibalas terhadap pelakunya pada hari kiamat jika dia meninggal dunia tanpa sempat melunaskannya melainkan tiga golongan yang berhutang iaitu seseorang yang hilang kekuatannya untuk berjihad pada jalan Allah, lalu dia berhutang untuk mendapatkan kekuatan bagi menentang musuh Allah dan musuh Rasul-Nya lalu dia meninggal dunia tanpa sempat melunaskannya. Dan seseorang yang seorang muslim meninggal di sisinya, lalu dia tidak mempunyai keperluan yang cukup untuknya menguruskan (jenazah itu) melainkan dengan berhutang, lalu dia pun meninggal dunia tanpa sempat melunaskan hutangnya. Serta seseorang yang bimbang terhadap dirinya yang membujang sedangkan dia tidak memiliki apa-apa harta untuk membolehkan dia berkahwin, lalu dia berhutang kemudian berkahwin bagi menjaga kehormatan dirinya kerana bimbangkan agamanya. Maka Allah melunaskan hutang untuk mereka semua pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1353, hadis nombor 6907. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الدين يقتص من صاحبه يوم القيامة إذا مات ولم يقضه؛ إلا من تدين في ثلاث: رجل تذهب قوته في سبيل الله، فيدين ما يتقوى به على عدو الله وعدو رسوله؛ فمات فلم يقضه. ورجل مات عنده مسلم؛ فلم يجد ما يكفنه إلا بدين؛ فمات ولم يقضه. ورجل خاف على نفسه العزبة ولم يكن عنده ما يتزوج، فاستدان فتزوج؛ ليعف نفسه خشية على دينه. فالله يقضي عن هؤلاء الدين يوم القيامة.
[ابن راهويه، الفسوي، هـ، البزار، ع، ((الضعيفة)) (5483)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Amr RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya hutang akan dibalas terhadap pelakunya pada hari kiamat jika dia meninggal dunia tanpa sempat melunaskannya melainkan tiga golongan yang berhutang iaitu seseorang yang hilang kekuatannya untuk berjihad pada jalan Allah, lalu dia berhutang untuk mendapatkan kekuatan bagi menentang musuh Allah dan musuh Rasul-Nya lalu dia meninggal dunia tanpa sempat melunaskannya. Dan seseorang yang seorang muslim meninggal di sisinya, lalu dia tidak mempunyai keperluan yang cukup untuknya menguruskan (jenazah itu) melainkan dengan berhutang, lalu dia pun meninggal dunia tanpa sempat melunaskan hutangnya. Serta seseorang yang bimbang terhadap dirinya yang membujang sedangkan dia tidak memiliki apa-apa harta untuk membolehkan dia berkahwin, lalu dia berhutang kemudian berkahwin bagi menjaga kehormatan dirinya kerana bimbangkan agamanya. Maka Allah melunaskan hutang untuk mereka semua pada hari kiamat.
[Riwayat Ibn Rahawaih, al-Fasawi, Ibn Majah, al-Bazzar, Abu Ya'la. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5483]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs