Tiga golongan orang mati syahid

TEKS BAHASA ARAB

الشهداء ثلاثة: رجل خرج بنفسه وماله محتسبا في سبيل الله، لا يريد أن يقاتل، ولا يقتل، يكثر سواد المسلمين، فإن مات أو قتل غفرت له ذنوبه كلها، وأجير من عذاب القبر، ويؤمن من الفزع، ويزوج من الحور العين، وحلت عليه حلة الكرامة، ويوضع على رأسه تاج الوقار والخلد.
والثاني: خرج بنفسه وماله محتسبا يريد أن يقتل ولا يقتل، فإن مات أو قتل؛ كانت ركبته مع إبراهيم خليل الرحمن بيد يدي الله تبارك وتعالى في مقعد صدق عند مليك مقتدر.
والثالث: خرج بنفسه وماله محتسبا يريد أن يقتل ويقتل، فإن مات أو قتل؛ جاء يوم القيامة شاهرا سيفه واضعه على عاتقه، والناس جاثون على الركب يقولون: ألا افسحوا لنا؛ فإنا قد بذلنا دماءنا لله تبارك وتعالى. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: والذي نفسي بيده! لو قال ذلك لإبراهيم خليل الرحمن أو لنبي من الأنبياء؛ لزحل لهم عن الطريق؛ لما يرى من واجب حقهم، حتى يؤتوا منابر من نور تحت العرش، فيجلسون عليها، ينظرون كيف يقضى بين الناس، لا يجدون غم الموت، ولا يقيمون في البرزخ، ولا تفزعهم الصيحة، ولا يهمهم الحساب؛ ولا الميزان، ولا الصراط، ينظرون كيف قضى بين الناس، ولا يسألون شيئا إلا أعطوه، ولا يشفعون في شيء إلا شفعوا فيه، ويعطون من الجنة ما أحبوا، ويتبوؤن من الجنة حيث أحبوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syuhada’ (orang mati syahid) itu ada tiga golongan, iaitu; Seseorang yang keluar dengan dirinya dan hartanya kerana mengharapkan pahala pada jalan Allah, dia tidak menginginkan pembunuhan atau terbunuh, dia mahu meramaikan kelompok orang-orang Islam. Jika dia meninggal dunia atau terbunuh, segala dosa-dosanya diampunkan dan dilindunginya daripada azab kubur, diselamatkan daripada ketakutan, dikahwinkan dengan bidadari, dipakaikan perhiasan kemuliaan dan diletakkan di atas kepalanya mahkota kemuliaan dan keberkekalan. Kedua, seseorang yang keluar dengan dirinya dan hartanya dengan penuh pengharapan, dia mahu membunuh dan tidak mahu dibunuh. Jika dia meninggal dunia atau terbunuh, maka lututnya (tempatnya) bersama Ibrahim Khalil al-Rahman di hadapan Allah Tabaraka Wa Ta’ala di tempat duduk yang benar di sisi Raja yang Maha berkuasa. Ketiga, seseorang yang keluar dengan dirinya dan hartanya dengan penuh pengharapan, dia mahu membunuh dan mahu terbunuh. Jika dia meninggal dunia atau terbunuh, dia datang pada hari kiamat dalam keadaan menghunus pedangnya dan meletakkannya pada bahunya, orang ramai pula berlutut, mereka berkata: Perluaskanlah untuk kami kerana kami telah menghabiskan darah-darah kami untuk Allah Tabaraka Wa Ta’ala. Rasulullah SAW bersabda: Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam genggamanNya! Kalaulah dia katakan perkara itu kepada Ibrahim Khalil al-Rahman atau kepada mana-mana Nabi, beliau akan menyingkirkan mereka daripada jalan kerana melihat hak yang wajib kepada mereka hingga mereka dibawakan mimbar-mimbar yang diperbuat daripada cahaya di bawah ‘Arash, mereka duduk di atasnya sambil melihat penentuan terhadap manusia, mereka tidak akan merasai kegelisahan kematian, mereka tidak tinggal dalam Barzakh, tiupan sangkakala tidak menggentarkan mereka; Hisab, timbangan dan titian sirat tidak merungsingkan mereka, mereka melihat bagaimana manusia diputuskan, tidak ada sesuatu pun yang mereka minta melainkan akan diberikan, dan tidak ada seorang pun yang mereka pohon syafaat melainkan akan diberikan syafaat, mereka akan diberikan apa yang mereka suka daripada syurga dan disediakan untuk mereka apa yang mereka inginkan dalam syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1356 – 1357, hadis nombor 6927. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعاً: الشهداء ثلاثة: رجل خرج بنفسه وماله محتسباً في سبيل الله، لا يريد أن يقاتل، ولا يقتل، يكثر سواد المسلمين، فإن مات أو قتل غفرت له ذنوبه كلها، وأجير من عذاب القبر، ويؤمن من الفزع، ويزوج من الحور العين، وحلت عليه حلة الكرامة، ويوضع على رأسه تاج الوقار والخلد.
والثاني: خرج بنفسه وماله محتسباً يريد أن يقتل ولا يقتل، فإن مات أو قتل؛ كانت ركبته مع إبراهيم خليل الرحمن بيد يدي الله تبارك وتعالى في مقعد صدق عند مليك مقتدر.
والثالث: خرج بنفسه وماله محتسباً يريد أن يقتل ويقتل، فإن مات أو قتل؛ جاء يوم القيامة شاهراً سيفه واضعه على عاتقه، والناس جاثون على الركب يقولون: ألا افسحوا لنا؛ فإنا قد بذلنا دماءنا لله تبارك وتعالى. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: والذي نفسي بيده! لو قال ذلك لإبراهيم خليل الرحمن أو لنبي من الأنبياء؛ لزحل لهم عن الطريق؛ لما يرى من واجب حقهم، حتى يؤتوا منابر من نور تحت العرش، فيجلسون عليها، ينظرون كيف يقضى بين الناس، لا يجدون غم الموت، ولا يقيمون في البرزخ، ولا تفزعهم الصيحة، ولا يهمهم الحساب؛ ولا الميزان، ولا الصراط، ينظرون كيف قضى بين الناس، ولا يسألون شيئاً إلا أعطوه، ولا يشفعون في شيء إلا شفعوا فيه، ويعطون من الجنة ما أحبوا، ويتبوؤن من الجنة حيث أحبوا.
[البزار، ((الضعيفة)) (5115)]

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Syuhada’ (orang mati syahid) itu ada tiga golongan, iaitu; Seseorang yang keluar dengan dirinya dan hartanya kerana mengharapkan pahala pada jalan Allah, dia tidak menginginkan pembunuhan atau terbunuh, dia mahu meramaikan kelompok orang-orang Islam. Jika dia meninggal dunia atau terbunuh, segala dosa-dosanya diampunkan dan dilindunginya daripada azab kubur, diselamatkan daripada ketakutan, dikahwinkan dengan bidadari, dipakaikan perhiasan kemuliaan dan diletakkan di atas kepalanya mahkota kemuliaan dan keberkekalan. Kedua, seseorang yang keluar dengan dirinya dan hartanya dengan penuh pengharapan, dia mahu membunuh dan tidak mahu dibunuh. Jika dia meninggal dunia atau terbunuh, maka lututnya (tempatnya) bersama Ibrahim Khalil al-Rahman di hadapan Allah Tabaraka Wa Ta’ala di tempat duduk yang benar di sisi Raja yang Maha berkuasa. Ketiga, seseorang yang keluar dengan dirinya dan hartanya dengan penuh pengharapan, dia mahu membunuh dan mahu terbunuh. Jika dia meninggal dunia atau terbunuh, dia datang pada hari kiamat dalam keadaan menghunus pedangnya dan meletakkannya pada bahunya, orang ramai pula berlutut, mereka berkata: Perluaskanlah untuk kami kerana kami telah menghabiskan darah-darah kami untuk Allah Tabaraka Wa Ta’ala. Rasulullah SAW bersabda: Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam genggamanNya! Kalaulah dia katakan perkara itu kepada Ibrahim Khalil al-Rahman atau kepada mana-mana Nabi, beliau akan menyingkirkan mereka daripada jalan kerana melihat hak yang wajib kepada mereka hingga mereka dibawakan mimbar-mimbar yang diperbuat daripada cahaya di bawah ‘Arash, mereka duduk di atasnya sambil melihat penentuan terhadap manusia, mereka tidak akan merasai kegelisahan kematian, mereka tidak tinggal dalam Barzakh, tiupan sangkakala tidak menggentarkan mereka; Hisab, timbangan dan titian sirat tidak merungsingkan mereka, mereka melihat bagaimana manusia diputuskan, tidak ada sesuatu pun yang mereka minta melainkan akan diberikan, dan tidak ada seorang pun yang mereka pohon syafaat melainkan akan diberikan syafaat, mereka akan diberikan apa yang mereka suka daripada syurga dan disediakan untuk mereka apa yang mereka inginkan dalam syurga.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5115]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs