Tiga perkara yang sesiapa berada di dalamnya berhak mendapat perlindungan daripada Allah

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث من كن فيه استحق ولاية الله وطاعته: حلم أصيل يدفع به سفه السفيه عن نفسه، وورع صادق يحجزه عن معاصي الله، وخلق حسن يداري به الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang sesiapa berada di dalamnya berhak mendapat perlindungan daripada Allah dan kepatuhan-Nya (untuk memakbulkan permintaan): Sabar dan mulia yang melindungi dirinya daripada kebodohan orang bodoh, warak dan jujur yang membataskan dirinya daripada bermaksiat kepada Allah serta akhlak baik yang menyenangkan hati manusia dengan akhlak tersebut.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2071, hadis nombor 10399. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ثلاث من كن فيه استحق ولاية الله وطاعته: حلم أصيل يدفع به سفه السفيه عن نفسه، وورع صادق يحجزه عن معاصي الله، وخلق حسن يداري به الناس.
[ابن أبي الدنيا في ((كتاب الأولياء))، ((الضعيفة)) (6504)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiga perkara yang sesiapa berada di dalamnya berhak mendapat perlindungan daripada Allah dan kepatuhan-Nya (untuk memakbulkan permintaan): Sabar dan mulia yang melindungi dirinya daripada kebodohan orang bodoh, warak dan jujur yang membataskan dirinya daripada bermaksiat kepada Allah serta akhlak baik yang menyenangkan hati manusia dengan akhlak tersebut.
[Riwayat Ibn Abu al-Dunyā dalam kitab al-Auliyā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6504]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs