Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tiga golongan dalam keadaan tenang berbicara sesama mereka di bawah naungan 'Arasy

Teks Bahasa Arab

ثلاثة يتحدثون في ظل العرش آمنين، والناس في الحساب: رجل لم تأخذه [في الله] لومة لائم، ورجل لم يمد يديه إلى ما لا يحل له، ورجل لم ينظر إلى ما حرم عليه.

Teks Bahasa Melayu

Tiga (golongan) dalam keadaan (tenang) berbicara (sesama mereka) di bawah naungan 'Arasy, sedangkan manusia yang lain dalam proses hisab (perbicaraan): lelaki yang tidak pernah menyalahkan Allah SWT, dan lelaki yang tidak pernah menghulurkan tangannya ke perkara yang tidak halal baginya, dan lelaki yang tidak pernah melihat perkara yang diharamkan untuknya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 505, hadis no. 2696.

(موضوع) عن ابن عمر - رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله ﷺ: «ثلاثة يتحدثون في ظل العرش آمنين، والناس في الحساب: رجل لم تأخذه [في الله] لومة لائم، ورجل لم يمد يديه إلى ما لا يحل له، ورجل لم ينظر إلى ما حرم عليه». [الأصبهاني، «الضعيفة» (5476)]

(Palsu) Daripada Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Tiga (golongan) dalam keadaan (tenang) berbicara (sesama mereka) di bawah naungan 'Arasy, sedangkan manusia yang lain dalam proses hisab (perbicaraan): lelaki yang tidak pernah menyalahkan Allah SWT, dan lelaki yang tidak pernah menghulurkan tangannya ke perkara yang tidak halal baginya, dan lelaki yang tidak pernah melihat perkara yang diharamkan untuknya. [Disebutkan oleh al-Asbahani dalam kitab atal-Targhib wa al-Tarhib, lihat Silsilah al-Da'ifah, no 5476]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.