Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tiga golongan akan memberi syafaat di hari Kiamat

Teks Bahasa Arab

يَشفعُ يومَ القيامةِ ثلاثةٌ : الأنبياءُ ثم العلماءُ ثم الشهداءُ.

Teks Bahasa Melayu

Tiga golongan akan memberi syafaat di hari Kiamat: para Nabi, kemudian para ulama’, kemudian orang-orang yang mati syahid.

Sahabat Perawi

  1. Uthman bin Affan RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 982, hadis no. 5065. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عثمان بن عفان – رضي الله عنه – مرفوعا: ((يشفع يوم القيامة ثلاثة: الأنبياء ‌ثم ‌العلماء ثم الشهداء)). [ه، عق، ابن عبد البر في "جامع بيان العلم"، نصر المقدسي في "جزء من حديثه"، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (‌‌1978)]

(Palsu) Daripada Uthman bin Affan RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW, ((tiga golongan akan memberi syafaat di hari Kiamat: para Nabi, kemudian para ulama’, kemudian orang-orang yang mati syahid.)) [Sunan Ibn Mājah, al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr Lil-‘Uqaylī, Ibn ʿAbd al-Bar dalam Jāmiʿ Bayān al-ʿllm, Naṣr al-Maqdisī dalam Juzʾ min Ḥadīthih, dan Ibn Asakir. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. ‌‌1978]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.