Tiga ciri yang siapa milikinya, dia adalah dalam kalangan al-Abdal

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث من كن فيه فهو من الأبدال، الذين هم قوام الدنيا وأهلها: الرضا بالقضاء، والصبر عن محارم الله، والغضب في ذات الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga ciri yang siapa milikinya, dia adalah dalam kalangan al-Abdal (wali): Mereka ini merupakan pemimpin dunia dan penduduknya: Reda dengan ketentuan Allah, sabar dengan apa yang Allah haramkan serta marah kerana zat Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1792, hadis nombor 9026. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله ﷺ: ثلاثٌ من كُنّ فيه فهو من الأبدال؛ الذين هم قوامُ الدنيا وأهلها: الرضا بالقضاء، والصبر على محارم الله، والغضب في ذاتِ الله. [السلمي في (سنن الصوفية)، فر، (الضعيفة) (1474)]

(Palsu) Daripada Muaz bin Jabal RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Tiga ciri yang siapa milikinya, dia adalah dalam kalangan al-Abdal (wali): Mereka ini merupakan pemimpin dunia dan penduduknya: Reda dengan ketentuan Allah, sabar dengan apa yang Allah haramkan serta marah kerana zat Allah." [Riwayat al-Sulami dalam Sunan al-Sufiyyah, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1474]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs