Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثٌ مَن كنَّ فيهِ فَهوَ منَ الأبدالِ، الَّذينَ هُم قِوامُ الدُّنيا وأهلُها: الرِّضا بالقضاءِ، والصَّبرُ عن محارمِ اللَّهِ، والغضَبُ في ذاتِ اللَّهِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga ciri yang siapa milikinya, dia adalah dalam kalangan al-Abdal (wali): Mereka ini merupakan pemimpin dunia dan penduduknya: Reda dengan ketentuan Allah, sabar dengan apa yang Allah haramkan serta marah kerana zat Allah.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1792, hadis no. 9026. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله ﷺ: ثلاثٌ من كُنّ فيه فهو من الأبدال؛ الذين هم قوامُ الدنيا وأهلها: الرضا بالقضاء، والصبر على محارم الله، والغضب في ذاتِ الله. [السلمي في (سنن الصوفية)، فر، (الضعيفة) (1474)]
(Palsu) Daripada Muaz bin Jabal RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Tiga ciri yang siapa milikinya, dia adalah dalam kalangan al-Abdal (wali): Mereka ini merupakan pemimpin dunia dan penduduknya: Reda dengan ketentuan Allah, sabar dengan apa yang Allah haramkan serta marah kerana zat Allah." [Riwayat al-Sulami dalam Sunan al-Sufiyyah, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1474]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman