Tiga catatan untuk anak Adam pada hari kiamat kelak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يخرج لابن آدم يوم القيامة ثلاثة دواوين: ديوان فيه العمل الصالح، وديوان فيه ذنوبه، وديوان فيه النعم من الله، فيقول الله لأصغر نعمه – أحسبه قال – في ديوان النعم: خذي ثمنك من عمله الصالح، فتستوعب عمله الصالح كله، ثم تنحى وتقول: وعزتك! وعزتك! ما استوفيت، وتبقى الذنوب، والنعم، وقد ذهب العمل الصالح كله، فإذا أراد الله أن يرحم عبداً؛ قال: يا عبدي! قد ضاعفت لك حسناتك، وتجاوزت عن سيئاتك، – أحسبه قال: – ووهبت لك نعمي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari kiamat, akan dikeluarkan untuk anak Adam tiga catatan: Catatan yang padanya ada amalan soleh, catatan dosa dan jua catatan padanya nikmat-nikmat Allah, lalu Allah berkata pada nikmatnya yang paling kecil -aku menyangka bahawa ia disebutkan dalam- catatan nikmat: Ambillah bahagianmu daripada amalanmu yang soleh, lalu dia mengambil kesemua amalannya yang soleh, kemudian amalan itu meminggir dan ia berkata: Demi keagungan-Mu, demi keagungan-Mu, aku masih belum mencukupi dan dosa-dosa serta nikmah-nikmat masih kekal sedangkan amal soleh telah lenyap semuanya. Apabila Allah mahu merahmati seseorang hamba, Dia berkata: Wahai hambaku! Aku telah menggandakan kebaikanmu, dan aku telah mengampunkan kesalahanmu -aku menyangka bahawa Dia berkata- dan Aku telah memberikan kamu nikmat-nikmat-Ku.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 707, hadis nombor 3615. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف جدا)
عن أنس رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: يخرج لابن آدم يوم القيامة ثلاثة دواوين: ديوان فيه العمل الصالح، وديوان فيه ذنوبه، وديوان فيه النعم من الله، فيقول الله لأصغر نعمه – أحسبه قال – في ديوان النعم: خذي ثمنك من عمله الصالح، فتستوعب عمله الصالح كله، ثم تنحى وتقول: وعزتك! وعزتك! ما استوفيت، وتبقى الذنوب، والنعم، وقد ذهب العمل الصالح كله، فإذا أراد الله أن يرحم عبداً؛ قال: يا عبدي! قد ضاعفت لك حسناتك، وتجاوزت عن سيئاتك، – أحسبه قال: – ووهبت لك نعمي.
[البزار، ((الضعيفة)) (6698)].

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Pada hari kiamat, akan dikeluarkan untuk anak Adam tiga catatan: Catatan yang padanya ada amalan soleh, catatan dosa dan jua catatan padanya nikmat-nikmat Allah, lalu Allah berkata pada nikmatnya yang paling kecil -aku menyangka bahawa ia disebutkan dalam- catatan nikmat: Ambillah bahagianmu daripada amalanmu yang soleh, lalu dia mengambil kesemua amalannya yang soleh, kemudian amalan itu meminggir dan ia berkata: Demi keagungan-Mu, demi keagungan-Mu, aku masih belum mencukupi dan dosa-dosa serta nikmah-nikmat masih kekal sedangkan amal soleh telah lenyap semuanya. Apabila Allah mahu merahmati seseorang hamba, Dia berkata: Wahai hambaku! Aku telah menggandakan kebaikanmu, dan aku telah mengampunkan kesalahanmu -aku menyangka bahawa Dia berkata- dan Aku telah memberikan kamu nikmat-nikmat-Ku.
[Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6698].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.