Tiga buku yang tiada padanya usul iaitu al-Maghazi, al-Malahim (petanda kiamat) dan tafsir

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة كتب ليس لها أصول المغازي والملاحم والتفسير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga buku yang tiada padanya usul iaitu al-Maghazi, al-Malahim (petanda kiamat) dan tafsir.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 221, hadis nombor 421. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الميموني: سمعت أحمد بن حنبل يقول: ثلاثة كتب ليس لها أصول المغازي والملاحم والتفسير. قال الخطيب: في جامعه، هذا محمول على كتب مخصوصة في هذه المعاني الثلاثة غير معتمد عليها لعدم عدالة ناقليها وزيادة القصاص فيها. فأما كتب الملاحم فجميعها بهذه الصفة وليس يصح في ذكر الملاحم المرتقبة والفتن المنتظرة غير أحاديث يسيرة.

Al-Maymuni berkata: Aku telah mendengar Ahmad bin Hanbal berkata: Tiga buku yang tiada padanya usul iaitu al-Maghazi, al-Malahim (petanda kiamat) dan tafsir. Al-Khatib berkata dalam Kitab Jami’nya: Kata-kata ini dimaknakan dengan kitab-kitab yang dikhaskan terhadap tiga makna itu tidak muktamad kerana penukilnya tiada sifat adil dan terdapat tambahan cerita penglipur lara padanya. Manakala kitab-kitab al-Malahim, kesemuanya bersifat dengan sifat ini. Dan tidak sahih dalam sebutan al-Malahim yang dinantikan dan fitan (petanda kiamat) yang ditunggu melainkan hadis-hadis yang sedikit.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs