Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثَلاثَةُ كُتُبٍ لَيْسَ لَهَا أُصُولٌ الْمَغَازِي وَالْمَلاحِمُ وَالتَّفْسِيرُ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga buku yang tiada padanya usul iaitu al-Maghazi, al-Malahim (petanda kiamat) dan tafsir.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 221, hadis no. 421. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Maymuni berkata: Aku telah mendengar Ahmad bin Hanbal berkata: Tiga buku yang tiada padanya usul iaitu al-Maghazi, al-Malahim (petanda kiamat) dan tafsir. Al-Khatib berkata dalam Kitab Jami’nya: Kata-kata ini dimaknakan dengan kitab-kitab yang dikhaskan terhadap tiga makna itu tidak muktamad kerana penukilnya tiada sifat adil dan terdapat tambahan cerita penglipur lara padanya. Manakala kitab-kitab al-Malahim, kesemuanya bersifat dengan sifat ini. Dan tidak sahih dalam sebutan al-Malahim yang dinantikan dan fitan (petanda kiamat) yang ditunggu melainkan hadis-hadis yang sedikit.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman