Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سيأتي عليكم زمانٌ لا يكونُ فيه شَيءٌ أَعَزَّ مِنْ ثلاثةٍ: أَخٍ يُستَأنَسُ به، أو دِرهمٍ حلالٍ، أو سُنةٍ يُعمَلُ بها.
Teks Bahasa Melayu
Akan datang kepada kamu satu zaman yang tidak ada sesuatu pun yang lebih mulia pada zaman tersebut berbanding tiga perkara, iaitu; Saudara yang boleh diminta pertolongan kepadanya, atau dirham (harta) yang halal atau amalan sunnah yang diamalkan dengannya.
Sahabat Perawi
- Huzaifah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1331, hadis no. 6800. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن حذيفة رضي الله عنه مرفوعا: سيأتي عليكم زمان لا يكون فيه شيء أعز من ثلاثة: أخ يستأنس به، أو درهم حلال، أو سنة يعمل بها. [حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3713)]
(Lemah) Daripada Huzaifah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan datang kepada kamu satu zaman yang tidak ada sesuatu pun yang lebih mulia pada zaman tersebut berbanding tiga perkara, iaitu; Saudara yang boleh diminta pertolongan kepadanya, atau dirham (harta) yang halal atau amalan sunnah yang diamalkan dengannya. [Riwayat Abu Nu'aim dalam al-Ḥilyah al-'Awliya, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3713]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman